Monday, August 22, 2011

Perkongsian Pengalaman & Maklumat

Lama juga tak ber'blog' ni.. Tak de perkara menarik dan kekangan masa menyebabkan tak boleh nak 'update' blog. Cumanya hari ni teringat dengan satu seruan dari Ustaz Zaharuddin tentang PERKONGSIAN PENGALAMAN & MAKLUMAT. Maksudnya, kita berkongsi dua perkara tersebut sama ada dari segi perkhidmatan, barangan atau apa sahaja yang sesuai. Sebagai contoh yang paling senang, kalau kita ada membeli satu hanphone baru seperti iPhone, jadinya kita bagi la 'review' tentang handphone tersebut melalui pengalaman sendiri menggunakannya. Budaya ni dah memang menjadi kebiasa bagi mat salleh. Bagi orang Malaysia, ianya masih baru dan tak ramai yang berminat hendak buat perkara ni. Jadinya datang satu idea nak buat satu perkara yang hampir sama tetapi berbeza sedikit ianya berkaitan harga barang dan perkhidmatan yang ada ditawarkan kat Malaysia ni. Idea ini timbul selepas saya amat terasa dengan kenaikan harga barangan sekarang ni. Bolehlah ianya menjadi rujukan untuk untuk diri sendiri dan sesiapa saja la. Jadinya bila nak mula? InsyaAllah, semoga Allah beri keluangan masa dan tenaga untuk projek ini bermula. Amin..

No comments: