Monday, August 1, 2011

I LOVE BUKU

Baru-baru ni aku ada pergi/surfing satu blog yang sering aku lawati. Blog yang kerap dilayari sejak tiga bulan kebelakangan ni. Blog Prof Muhd Kamil Ibrahim. Dalam sibuk-sibuk click sana click sini, baca sana baca sini, akhir aku terminat la pulak nak baca buku yang ditulis oleh isteri Prof Muhd Kamil. Macam menarik je  kandungan buku isteri dia ni. Aku pun memang suka beli buku. Banyak dah buku yang aku beli, Baru beberapa aje yang habis baca, Alasan terbaik, tak cukup masa J J Jadinya, aku berkesempatan selepas menunaikan sembahyang Jumaat kat Masjid Shah Alam yang lepas aku pun belek-belek kat Booth satu brother ni. Dia memang jual banyak buku. Jumpa juga dengan buku yang aku cari. Last sekali, fikir punya fikir aku pun buat keputusan beli dua buah buku sekali. Asalnya aku beli nak hadiah kat isteri aku. Tapi aku rasa aku nak baca dulu. Nanti la aku dah abis baca boleh la aku bagi review. Doakan la aku sempat baca hehehe..


Aku beli dua buah buku. Investment baru RM38.00 Travel: Cinta Abadi, masa yang berlalu.... dan Travelog: Impian Abadi, itu yang tertulis...  Yang sedihnya, aku tanya brother yang jual buku tu "Bang, keluar resit boleh?" dia macam mengangguk tapi aku tengok dia sibuk layan customer dia yang datang. Buat tak tahu je kat aku. Aku rasa dia main angguk je masa aku hulur duit kat dia. Tak pe la aku pun kena balik ke ofis. Masa dah nak time dah heheheh.. Aku perlukan resit untuk claim pelepasan cukai. Takpe la, nanti kalau LHDNM nak tengok resit, aku bawa buku tunjuk bukti.


No comments: