Monday, October 29, 2007

Idea Memulakan Perniagaan

Hari ni tak ada cerita panjang lebar. Cuma nak berkongsi tip sikit. Bagi anda yang berminat hendak memulakan perniagaan tak kira la online atau offline, dibawah adalah tip untuk memulakan perniagaan atau pun idea untuk mencari produk atau perkhidmatan yang boleh dijadikan panduan. Saya dapat dari internet. Semoga berguna untuk anda dan diri saya sendiri.
Selamat Berjaya.

1. Apakah minat, kegemaran atau kesukaan saya?
2. Apakah perkara yang saya mahir atau sekurang-kurangnya saya ada serba sedikit pengetahuan tentangnya?
3. Apakah perkara yang saya suka lakukan?
4. Apakah perkara yang ramai diantara kawan-kawan, keluarga atau pun orang-orang sekeliling anda suka datang dan bertanyakan pada anda?

Wednesday, October 24, 2007

Kongsi..

Assalammualaikum..

Lama gak tak blogging. Bukan apa, connection lembabbb.. Kebelakangan ni, banyak gak mencari idea.. survey sana, survey sini.. Dah lama niat nak buat business timbul. Tapi takut nak mencuba.. jadi saya cari kekuatan untuk belajar business.. Saya lawat beberapa laman web/blog, laman yang paling kerap saya lawat, laman Dr Irfan. Yess!! the internet millionaire tu la.. sejak tahun 2006 lagi dah tahu dah tentang dia.. Sejak terbaca kisah dia, seakan jealous lak dengan pencapaian dia.. Bukan jealous tak suka ek, tapi jealous la dengan kejayaan dia.. Bila la saya nak jadi Jutawan gak macam dia.. sejak tu selalu ada niat nak jadi berjaya macam Dr Irfan. Muda lagi dah jadi Jutawan. Lama juga mencari ilham.. akhirnya teringin gak nak belajar buat business melalui internet. Dr Irfan banyak memotivasi saya untuk mencuba. Lagi pun dalam Islam pun ada kata 9/10 punca rezeki datang dari berniaga. Nabi Muhammad S.A.W pun seorang usahawan, betul tak??



Sekarang ni, saya cuba tumpukan belajar cara nak berniaga melalui internet. Saya dah ada beberapa idea untuk menjalankan business internet ni.. Salah satu perkara yang penting kalau nak berniaga kat internet ni kita kena la belajar blogging. Pasal apa?? sebabbbb, marketing la... kita nak pasar kan produk kita melalui networking. Jadi kalau belum ada blog, apa tunggu lagi.. banyak tempat kita boleh dapatkan blog percuma.. betullll ni.. memang percuma.. saya dah ada setakat ni 3 blog. Nak tau ke?? Alaaa.. tak siap lagi la.. sabarr.. Dah siap nanti baru boleh launch..

Kenapa saya buat Blog?? Pasal networking.. kena ada network baru boleh market produk kita. Cari network banyak-banyak.. online and offline.. penting ni.. kalau tidak ada network, siapa nak beli produk kita.. Melalui blog juga kita nak cari kepercayaan @ trust dari bakal pembeli..