Saturday, August 4, 2012

Perangai

Hari ni berlaku satu situasi yang membuatkan aku termenung agak lama. Situasi itu menyebabkan aku akui sikap umat Islam yang rasanya telah jauh meninggalkan ajaran Nabi kita Muhammad S.A.W. Kenapakah umat Islam tidak boleh berfikir lebih jauh akan akibat yang mungkin berlaku apabila membuat keputusan. Tidakkah mereka terfikir akibat dari perbuatan mereka itu akan menyusahkan orang lain. Janganlah hanya mementingkan diri sendiri hingga sanggup mengorbankan perasaan orang lain. Kita hidup saling bergantung dengan insan lain yang juga dijadikan oleh Allah. Kita hidup bermasyarakat. Islam mengajar kita untuk saling menghormati. Jadilah insan yang saling bantu membantu, bukannya saling bermusuhan. Hormatilah perasaan orang lain kerana jika kita tidak menghormati orang lain kelak orang lain juga tidak akan hormat pada kita.

Pesanan ini juga buat diri ini agar tidak hanya pandai mencari kesalahan orang lain. Allah Allah... Ampuni dosaku andainya aku bersalah.