Tuesday, August 9, 2011

Nak cari kayu, nak cari kayu..

Selepas membelek surat khabar pagi ini aku teringat akan cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee cerita LABU-LABI. Babak si Labu masa nak tidur kat beranda. Sebelum tertidur tu si Labu ni asyik menyebut kata-kata tersebut. Si Labu nak cari kayu, aku perlu cari apa ek???

Aku rasa dunia sekarang ni sedang mengalami situasi kemerosotan ekonomi. Aku pun bukan ikut sangat perkembangan ekonomi sekadar ambil tahu sedikit. Takde la jadi katak bawah tempurung lak nanti. Disebabkan pasaran saham kat US sedang menghadapi masalah, habis satu dunia kena tempias. Kesannya pasaran saham agak terjejas. Dalam surat khabar ada tulis, pasaran saham di negara Japan, Korea, Taiwan dan China ditutup rendah. Aku bukan pandai sangat bab saham ni. Tapi ini menunjukkan pasaran dunia tak menentu. Ini menguatkan teori yang aku jumpa sendiri, aku kena melabur lebih banyak dalam EMAS Itu la kayu yang aku kena cari lebih banyak. Sebagai simpanan masa depan. Aku dah buat keputusan, biar apa pun orang nak cakap, aku tetap pilih pelaburan EMAS. Aku bukan pandai sangat tapi ada la sedikit pengalaman semasa kerja dengan Maybank dulu dicampur pulak dengan sedikit pengalaman sendiri yang pernah jatuh merudum akibat kesilapan sendiri. Jadi pengajaran buat aku. Sekarang ni aku janji dengan diri aku, takkan aku ulangi kesilapan aku yang dulu. Cukuplah ia menjadi Ya Allah, bantu la aku hambaMu ini yang lemah. Kuatkan la semangat aku untuk berpegang pada janjiku ini. Amin. InsyaAllah, Moga-moga Allah bantu. Aku percaya Allah akan bantu kerana itu janjiNya.

Monday, August 1, 2011

I LOVE BUKU

Baru-baru ni aku ada pergi/surfing satu blog yang sering aku lawati. Blog yang kerap dilayari sejak tiga bulan kebelakangan ni. Blog Prof Muhd Kamil Ibrahim. Dalam sibuk-sibuk click sana click sini, baca sana baca sini, akhir aku terminat la pulak nak baca buku yang ditulis oleh isteri Prof Muhd Kamil. Macam menarik je  kandungan buku isteri dia ni. Aku pun memang suka beli buku. Banyak dah buku yang aku beli, Baru beberapa aje yang habis baca, Alasan terbaik, tak cukup masa J J Jadinya, aku berkesempatan selepas menunaikan sembahyang Jumaat kat Masjid Shah Alam yang lepas aku pun belek-belek kat Booth satu brother ni. Dia memang jual banyak buku. Jumpa juga dengan buku yang aku cari. Last sekali, fikir punya fikir aku pun buat keputusan beli dua buah buku sekali. Asalnya aku beli nak hadiah kat isteri aku. Tapi aku rasa aku nak baca dulu. Nanti la aku dah abis baca boleh la aku bagi review. Doakan la aku sempat baca hehehe..


Aku beli dua buah buku. Investment baru RM38.00 Travel: Cinta Abadi, masa yang berlalu.... dan Travelog: Impian Abadi, itu yang tertulis...  Yang sedihnya, aku tanya brother yang jual buku tu "Bang, keluar resit boleh?" dia macam mengangguk tapi aku tengok dia sibuk layan customer dia yang datang. Buat tak tahu je kat aku. Aku rasa dia main angguk je masa aku hulur duit kat dia. Tak pe la aku pun kena balik ke ofis. Masa dah nak time dah heheheh.. Aku perlukan resit untuk claim pelepasan cukai. Takpe la, nanti kalau LHDNM nak tengok resit, aku bawa buku tunjuk bukti.


Tuesday January 18, 2011

Don: Use paper currency, not gold dinar

KUALA LUMPUR: Islamic countries should continue to use paper currency instead of gold dinar, said professor of comparative economic history at International Centre for Education in Islamic Finance Dr Murat Cizakca.

History had shown that the return to coinage system could increase interest rates and inflation would be difficult to control, he said.

Speaking at a public lecture on Islamic Gold Dinar: Myths and Reality organised by Association of Chartered Islamic Finance Professionals and Inceif yesterday, he said money should serve as a medium of exchange, not as a commodity.

“We need to continue with paper currency, and the central banks controlling paper currency should have full autonomy,” he said.

He added that gold supply was dominated by non-Islamic countries.

“The gold dinar will be exposed to speculation as the gold price also has its ups and downs. Islamic countries should continue to use paper currency and increase trade among each other,” he said. - Bernama

Pandangan aku, Profesor tu macam tak percaya dengan kata-kata Nabi aje. Memang betul penggunaan emas akan terdedah pada spekulasi macam duit kertas tapi setidak-tidak nya aku percaya emas akan kekal sampai kiamat. Nak mudah faham cam ni la, aku berani gerenti emas akan wujud sampai kiamat. Pasal apa? Emas disebut dalam Al-Quran. So, mesti kekal la, kalau tidak generasi akan datang tak kenal rupa emas. Sama juga dengan binatang yang disebut dalam Al-Quran mesti takkan "extinct", nanti orang yang baca Al-Quran tak faham pulak binatang apa yang disebut oleh Allah dalam Quran. Contohnya tak salah aku ialah Nyamuk, lebah, ikan paus, lembu etc. So, berbalik pada penggunaan dinar & dirham. Dua logam ni dalam Islam memang diberi penekanan keatas dua logam ni. Siap ada zakat keatas logam emas yang disebut dengan jelas dalam Quran. So, tak rugi kot kalau simpan dinar & dirham. Kalau simpan duit kertas, silap haribulan kena makan dek cik Lipas. So, aku rasa aku lebih prefer simpan emas dan simpan duit kertas.