Selepas membelek surat khabar pagi ini aku teringat akan cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee cerita LABU-LABI. Babak si Labu masa nak tidur kat beranda. Sebelum tertidur tu si Labu ni asyik menyebut kata-kata tersebut. Si Labu nak cari kayu, aku perlu cari apa ek???
Aku rasa dunia sekarang ni sedang mengalami situasi kemerosotan ekonomi. Aku pun bukan ikut sangat perkembangan ekonomi sekadar ambil tahu sedikit. Takde la jadi katak bawah tempurung lak nanti. Disebabkan pasaran saham kat US sedang menghadapi masalah, habis satu dunia kena tempias. Kesannya pasaran saham agak terjejas. Dalam surat khabar ada tulis, pasaran saham di negara Japan, Korea, Taiwan dan China ditutup rendah. Aku bukan pandai sangat bab saham ni. Tapi ini menunjukkan pasaran dunia tak menentu. Ini menguatkan teori yang aku jumpa sendiri, aku kena melabur lebih banyak dalam EMAS Itu la kayu yang aku kena cari lebih banyak. Sebagai simpanan masa depan. Aku dah buat keputusan, biar apa pun orang nak cakap, aku tetap pilih pelaburan EMAS. Aku bukan pandai sangat tapi ada la sedikit pengalaman semasa kerja dengan Maybank dulu dicampur pulak dengan sedikit pengalaman sendiri yang pernah jatuh merudum akibat kesilapan sendiri. Jadi pengajaran buat aku. Sekarang ni aku janji dengan diri aku, takkan aku ulangi kesilapan aku yang dulu. Cukuplah ia menjadi Ya Allah, bantu la aku hambaMu ini yang lemah. Kuatkan la semangat aku untuk berpegang pada janjiku ini. Amin. InsyaAllah, Moga-moga Allah bantu. Aku percaya Allah akan bantu kerana itu janjiNya.
No comments:
Post a Comment