Showing posts with label Harga. Show all posts
Showing posts with label Harga. Show all posts

Friday, September 9, 2011

INDEX HARGA BARANG

Hari ni dengan rasminya aku melancarkan satu agenda perkongsian maklumat yang telah aku cakapkan dalam post yang lepas. Tetiba semangat pasal baru ni aku pergi kedai nak beli keperluan rumah, agak terperanjat beruk gak la dengan harga barang. Pehhh!!! makin kecil nilai harta tunai aku.


Semalam 09/09/11, beli benda ni, berat bersih  225 gram. Terkejut aku dengan harga RM6.50 setin. Bulan lepas setin 650 gram harga baru RM10.90, bulan ni harga dah naik ke RM11.90 la pulak. Nampaknya nilai RM semakin merosot. Nanti aku update dengan harga barang-barang lain pulak.

Monday, August 22, 2011

Perkongsian Pengalaman & Maklumat

Lama juga tak ber'blog' ni.. Tak de perkara menarik dan kekangan masa menyebabkan tak boleh nak 'update' blog. Cumanya hari ni teringat dengan satu seruan dari Ustaz Zaharuddin tentang PERKONGSIAN PENGALAMAN & MAKLUMAT. Maksudnya, kita berkongsi dua perkara tersebut sama ada dari segi perkhidmatan, barangan atau apa sahaja yang sesuai. Sebagai contoh yang paling senang, kalau kita ada membeli satu hanphone baru seperti iPhone, jadinya kita bagi la 'review' tentang handphone tersebut melalui pengalaman sendiri menggunakannya. Budaya ni dah memang menjadi kebiasa bagi mat salleh. Bagi orang Malaysia, ianya masih baru dan tak ramai yang berminat hendak buat perkara ni. Jadinya datang satu idea nak buat satu perkara yang hampir sama tetapi berbeza sedikit ianya berkaitan harga barang dan perkhidmatan yang ada ditawarkan kat Malaysia ni. Idea ini timbul selepas saya amat terasa dengan kenaikan harga barangan sekarang ni. Bolehlah ianya menjadi rujukan untuk untuk diri sendiri dan sesiapa saja la. Jadinya bila nak mula? InsyaAllah, semoga Allah beri keluangan masa dan tenaga untuk projek ini bermula. Amin..