Baru-baru ni aku ada pergi/surfing satu blog yang sering aku lawati. Blog yang kerap dilayari sejak tiga bulan kebelakangan ni. Blog Prof Muhd Kamil Ibrahim. Dalam sibuk-sibuk click sana click sini, baca sana baca sini, akhir aku terminat la pulak nak baca buku yang ditulis oleh isteri Prof Muhd Kamil. Macam menarik je kandungan buku isteri dia ni. Aku pun memang suka beli buku. Banyak dah buku yang aku beli, Baru beberapa aje yang habis baca, Alasan terbaik, tak cukup masa J J Jadinya, aku berkesempatan selepas menunaikan sembahyang Jumaat kat Masjid Shah Alam yang lepas aku pun belek-belek kat Booth satu brother ni. Dia memang jual banyak buku. Jumpa juga dengan buku yang aku cari. Last sekali, fikir punya fikir aku pun buat keputusan beli dua buah buku sekali. Asalnya aku beli nak hadiah kat isteri aku. Tapi aku rasa aku nak baca dulu. Nanti la aku dah abis baca boleh la aku bagi review. Doakan la aku sempat baca hehehe..

No comments:
Post a Comment