Tuesday, November 8, 2011

ISLAM DAN EMAS

Terbaca satu iklan di laman yang biasa aku pergi setiap hari. Iklan tersebut mengajak orang orang membeli dinar, simpan dan buat untung bla bla bla... apa yang aku nak cakap ialah, aku ni bukan nya expert pun dalam bidang kewangan. Ada la sikit-sikit buat study and research sikit pasal kewangan ni. Bercerita tentang pelaburan emas ni, kita perlu faham dulu apa hukum-hakam berkaitan dengan emas ni. Kena kaji secara mendalam sebelum main terjun je dalam pelaburan emas ni. Bukan apa, perkara yang aku paling concern sekali ialah tentang berkat dan dosa pahala. Siapa yang tak nak jadi kaya. Islam pun tak suruh umatnya jadi miskin, malah kalau kita rajin pergi kuliah sure kita dapat rumuskan Islam menyuruh umatnya jadi kaya. Nanti aku sentuh bab kenapa atau apa kelebihannya jadi muslim kaya.

Ok, balik pada topik pelaburan emas, ramai yang mungkin berminat dan tertarik dengan pelaburan emas ini dengan anggapan bahawa mereka boleh buat duit. Memang betul kalau kena caranya boleh buat duit. Cuma aku nak berpesan, kalau duit banyak pun tapi tak berkat tak guna pun. Kena ingat, satu hari nanti kita akan pergi jugak mengadap Allah. Takut aku bila kenangkan balasan yang akan dikenakan. Pelaburan emas ni akan menyebabkan kita terbabit dengan dosa riba kalau tak dibuat dengan cara yang betul. Jadi fahamkan la dulu hukum hakan yang terlibat. Cuba rujuk kat laman web Ustaz Zaharuddin aku rasa ada artikel berkaitan dengan hukum pelaburan emas ni. Jadi cuba la faham kan dulu. Jangan dok fikir nak jadi kaya aje.

Satu lagi, aku nak sentuh tentang pelaburan emas ni ialah bab "buat untung". Setakat yang kau faham la. Kalau dari segi financial, kekayaan adalah diukur dengan menilai kita punya "Net Worth". Senang cite, kedudukan kewangan kita apabila dinilai dengan mengambil kira kita punya hutang piutang dan harta sebenar atau tunai yang kita miliki. Susah nak buat orang faham. Contoh la, Mr.A ada rumah sebiji harga Rm350k, kereta sebiji, RM100k. Rumah dan kereta hutang dengan bank 30 tahun dan 9 tahun. Mr. A tiada saving @ simpanan cash. Cuma harapkan KWSP je. Gaji tiap-tiap bulan habis dibelanjakan. Bagi orang macam Mr A ni, dia dianggap miskin. Pasal apa rumah dan kereta tu masih hutang dan belum menjadi hak milik mutlak beliau. So, kaitannya ialah kalau kita nak melabur dalam emas, pandangan aku baik beli dan simpan aje. Baru la ianya menjadi harta. Orang kaya ialah orang yang tiada hutang dan mempunyai harta. Jadi buatlah research dulu sebelum main terjun je dalam pelaburan emas. Satu lagi nasihat aku buat diri aku sendiri jangan beli emas cara berhutang.

No comments: