Saturday, April 25, 2009


Saya nak bincangkan Satu kata-kata Tn Hj Ismail (tu yang ada dalam gambar tu). Ye ke? Boleh caya ke kata-kata Tn Hj Ismail tu? Saya tak tau, nak percaya, zaman sekarang ni orang sanggup menggadaikan agama demi sedikit keuntungan dunia yang dah tentu Allah tanya kita balik diakhirat nanti. Cuma saya berbekalkan keazaman nak mengangkat Islam dimata orang ramai. Seperkara lagi, saya berpegang pada "Allah tidak akan mengubah nasib sesatu kaum itu melainkan mereka merubahnya sendiri". Satu perkara yang perlu kita betul-betul faham ialah, ianya perlu bermula dengan diri sendiri. Sesatu kaum itu takkan berubah andainya kita menunggu secara kolektif untuk kaum itu berubah. Setiap individu dalam sesatu kaum itu mesti berubah sebelum kaum itu berubah. Saya cakap bende ni kerana saya terlalu mengharapkan bangsa aku berubah tetapi akhirnya saya menyedari bahawa mustahil untuk bangsa saya ni berubah kerana saya sendiri tidak berubah. Jadi saya mesti berubah. Saya mesti mulakan untuk diri sendiri dan jangan terlalu mengharapkan orang lain berubah untuk anda. Saya mesti support produk Islam. Memang bukan mudah untuk beralih ke satu produk yang kita tidak biasa tapi kita kena buat. Kita telah membesar dengan pelbagai produk yang diperkenalkan oleh ibubapa kita. Kebanyakkannya bukan produk yang dihasilkan oleh orang bukan Islam. Saya tidak salahkan mereka kerana semasa itu sukar untuk mendapatkan produk orang Islam. Banyak lagi yang nak saya perkatakan tentang menyokong produk Islam. Saya akan bincang lagi dimasa hadapan. Marilah kita memajukan industri dan ekonomi Islam. Haiya bil Jihad..

No comments: