Sudah agak lama aku tak update blog ni. Kesibukan akhir tahun menyebabkan banyak benda tertangguh. Disamping perkara yang melalaikan fikiran menyebabkan blog ini terbiar buat sementara waktu.
Pejam celik sudah masuk ke tahun yang baru. Masa yang berlalu seakan lintasan angin yang melintas dihadapan mata. Ada tetapi tidak kelihatan. Kekadang kita terlupa bahawa ianya adalah sesuatu yang amat berharga. Sering kita biarkan ia berlalu tanpa kita menghiraukannya.
Tahun 2012 juga bakal membuka satu lembaran baru buat aku. Tahun ini aku bakal memulakan kehidupan ditempat negeri kelahiran aku. Ketika diimbau kembali masa yang telah pergi, telah banyak yang aku lalui. Apakah ianya sekadar satu kenangan atau satu pengalaman yang sepatutnya aku jadikan pedoman untuk aku meneruskan kehidupan di bumi Allah ini. Aku mohon keampunan Mu. Berikanlah kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan ini sebagai seorang hamba yang lebih bersyukur dan taat padaMu. Semoga ditahun yang baru ini aku menjadi seorang yang lebih takut padaMu.
Aku bersyukur kerana masih diberikan tempoh oleh Allah S.W.T untuk terus hidup. Aku harus mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Tahun 2011 merupakan tahun yang tidak banyak memeningkan kepala. Dugaan dan ujian dari Allah tetap ada. aku bersyukur kerana aku masih boleh menempuhinya dengan sabar. Aku tahu Allah menguji hambanya sekadar kemampuan kita.
Harapan aku tahun ini, biarlah tahun ini menjadi satu tahun yang akan membuatkan aku berubah menjadi lebih baik dari tahun sebelum. Lebih produktif, bersemangat, berkeyakinan, berdisiplin dan segala yang positif. Semoga Allah membantu aku dan keluarga aku.
No comments:
Post a Comment