Saturday, April 25, 2009


Saya nak bincangkan Satu kata-kata Tn Hj Ismail (tu yang ada dalam gambar tu). Ye ke? Boleh caya ke kata-kata Tn Hj Ismail tu? Saya tak tau, nak percaya, zaman sekarang ni orang sanggup menggadaikan agama demi sedikit keuntungan dunia yang dah tentu Allah tanya kita balik diakhirat nanti. Cuma saya berbekalkan keazaman nak mengangkat Islam dimata orang ramai. Seperkara lagi, saya berpegang pada "Allah tidak akan mengubah nasib sesatu kaum itu melainkan mereka merubahnya sendiri". Satu perkara yang perlu kita betul-betul faham ialah, ianya perlu bermula dengan diri sendiri. Sesatu kaum itu takkan berubah andainya kita menunggu secara kolektif untuk kaum itu berubah. Setiap individu dalam sesatu kaum itu mesti berubah sebelum kaum itu berubah. Saya cakap bende ni kerana saya terlalu mengharapkan bangsa aku berubah tetapi akhirnya saya menyedari bahawa mustahil untuk bangsa saya ni berubah kerana saya sendiri tidak berubah. Jadi saya mesti berubah. Saya mesti mulakan untuk diri sendiri dan jangan terlalu mengharapkan orang lain berubah untuk anda. Saya mesti support produk Islam. Memang bukan mudah untuk beralih ke satu produk yang kita tidak biasa tapi kita kena buat. Kita telah membesar dengan pelbagai produk yang diperkenalkan oleh ibubapa kita. Kebanyakkannya bukan produk yang dihasilkan oleh orang bukan Islam. Saya tidak salahkan mereka kerana semasa itu sukar untuk mendapatkan produk orang Islam. Banyak lagi yang nak saya perkatakan tentang menyokong produk Islam. Saya akan bincang lagi dimasa hadapan. Marilah kita memajukan industri dan ekonomi Islam. Haiya bil Jihad..

Tuesday, April 14, 2009

Nak Jadi Kaya?

Hehehe.. apa nak cakap ek?? Tentu semua orang nak jadi kaya kan? Hampir 100% lah, mesti semua orang ada terfikir nak jadi kaya. Dan, hampir semua jugak la yang bertanya balik cam ne nak jadi kaya, betul tak? Ramai juga yang berfikir cam ne nak jadi kaya dalam masa yang singkat tanpa usaha yang banyak, betul tak? Saya tahu jawapannya. Ada banyak cara nak jadi kaya dalam masa yang singkat. Nak tau ke? Jawapannya ialah TIKAM LOTERI la. Hehehe jangan marah. Tapi loteri tu haram disisi Islam maka jauhi la judi. Jangan babitkan saya bila berjudi okay. Cuma buat lawak skit je tadi tu.

Setelah kaji punya kaji, sebenarnya takde jalan mudah nak jadi kaya. Kalau ada tentu Islam dah ajar dah awal-awal lagi. Setakat yang saya buat kajian/pencarian, dalam Islam takde pun ajar cam mana nak jadi kaya secara shortcut. Yang ada cuma longcut hehehe.. Dan saya percaya memang dengan cara BERNIAGA je kita boleh jadi kaya. Saya bukan maksudkan kalau makan gaji tak boleh jadi kaya, cuma kalau nak kaya dengan cara makan gaji ni agak susah pasal kita kena pegang jawatan yang tinggi la baru boleh dapat gaji besar. Nanti lain masa saya ulas sikit la pendapat saya cara-cara nak jadi kaya dengan cara makan gaji.

Dalam Islam ada pendapat yang mengatakan 9/10 rezeki berpunca dari berniaga. Saya percaya atas alasan dengan berniaga ni perkara utama yang saya nampak ialah rezeki kita lebih BERKAT. Dengan rezeki yang berkat baru la kita akan rasa duit tu cukup, InsyaAllah. Bila kita cukup duit baru la rasa kaya betul tak? Simple equation (betul ke ejaan aku ni?), fikir la sendiri logiknya. Kalau duit tak cukup, nak buat apa pun tak boleh.

Tentu ramai yang dah pernah jumpa benda ni kan? D.U.I.T, Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal. Tu la cara nak jadi kaya. Islam juga ajar supaya berzakat. Saya percaya dengan berzakat ni rezeki akan bertambah a.k.a jadi kaya la betul tak?? Tuhan dah janji dah, takkan berkurang harta kita kalau berzakat ni, makin bertambah tu ada la. Kalau tak percaya gi la tanya mana-mana Ustaz/Ustazah.

Tapi bukan hanya berzakat boleh jadi kaya, ada lagi yang perlu kita buat. Buat apa?? Nak tau ke?? Senang je bende yang kena buat ni. Tak keluar modal pun, cuma keluar peluh sikit la kot heheheh.. nak tau tak?? Okay jawapan nya ialah SABAR, IKHLAS, JUJUR, AMANAH, YAKIN, TEKUN, FOKUS, RAJIN, PERCAYA. Heheheh, senang je kan.. tapi itu la perkara-perkara yang paling susah orang kita ni nak buat bila berniaga. Asyik nak duduk goyang kaki, tau-tau dalam akaun duit banyak. Mana datangggg...

P/S : Fikir-fikir kan la.. jangan malas berfikir. Tuhan bagi manusia dengan kelebihan ber'Akal' untuk berfikir jadi, berfikirlah. Dalam AlQuran pun banyak ayat-ayat yang suruh kita berfikir.

Saturday, February 2, 2008

Petikan Ceramah Ust Akil Hai - Must Read

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS
Apabila pembangunan meningkat, Kemajuan menjadi pesat, Kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadij ahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.Inilah dia fenomena masyarakat.Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat,Bahawa dunia hari ini makin singkat,Esok atau lusa mungkin kiamat,Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segerameninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!)